Cabaran utama dalam mengurus kutipan yuran pengajian ialah memastikan hasil kutipan dapat masuk ke akaun tepat pada masanya. Kita selalu terlepas pandang dengan mereka yang tertunggak. Kita perlukan masa dan tenaga untuk menjana laporan tunggakan yuran pelajar.
Alhamdulillah, kami di Yuran.my telah berjaya melaksanakan suatu transformasi sistem untuk Kolej WIT iaitu salah sebuah Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia
Kolej WIT (http://wit.edu.my) adalah merupakan salah sebuat kolej yang telah lama menawarkan latihan kemahiran dan vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Ianya dipengerusikan oleh Tan Sri Zainal Rampak, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Menggunakan aplikasi Yuran.my, para pelajar dan ibubapa boleh melihat yuran pengajian dan yuran asrama yang telah dan perlu dibayar. Mereka boleh memuat turun resit-resit bayaran. Bayaran juga boleh dibuat terus menggunakan aplikasi telefon bimbit tanpa perlu menyimpan no akaun kolej. Sistem akan terus mengeluarkan setelah bayaran berjaya dilakukan
Selain dari itu, melalui aplikasi Yuran.my juga, komunikasi seragam dapat disampaikan dari pengurusan kepada pelajar dan ibubapa menggunakan modul mesej yang sudah tersedia. Ini mengurangkan jurang komunikasi dan dapat membantu ibubapa untuk mengetahui aktiviti koleh dan rasa lebih dekat dengan kolej
Melalui penggunaan sistem, kolej dapat meningkatkan prestasi kutipan yuran. Ini dapat digambarkan melalui kajian penggunaan aplikasi Yuran.my. Sila klik disini muat turun fail kajian penggunaan Sistem Yuran.my untuk mengetahui lebih lanjut (Fail Kajian Implementasi di PB TVET)
Usaha kami turut disokong oleh Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia iaitu Yang Berhormat Datuk Awang Hashim dalam usaha kami membantu memudahkan kutipan yuran Pusat Bertauliah. Kami lampirkan surat sokongan YB di dalam Fail Kajian Implementasi di PB TVET
Moga dengan usaha ini, kami dapat membantu Pusat-Pusat Bertauliah JPK dalam mendepani era pendigitalan dan membolehkan Pusat-Pusat Bertauliah JPK memberi fokus kepada meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran dan vokasional
Terima kasih
>>>>Muat Turun Fail Kajian Implementasi Aplikasi Yuran.my di Pusat Bertauliah JPK<<<<