Apa yang ada dalam sistem

Portal web untuk admin, aplikasi mudah alih untuk ibu bapa, dan satu rekod bayaran yang sama di belakang kedua-duanya.

Kami sediakan dua jenis antara muka: portal web untuk akses pentadbiran, dan aplikasi mudah alih untuk akses pengguna seperti ibu bapa dan ahli kelab.

Satu rekod data di belakang tabir, dua cara untuk masuk: pentadbir dan guru urus segalanya dari portal web, ibu bapa dan ahli semak serta bayar dari aplikasi mudah alih. Tangkapan skrin di bawah diambil terus daripada sistem sebenar, bukan reka bentuk konsep.

Minta demo percuma untuk organisasi anda →

Urus organisasi anda, semua peranan dalam satu sistem

Setiap peranan ada ruang kerja sendiri dalam sistem yang sama, jadi tiada data bertindih antara fail Excel berasingan.

Pentadbir

Tetapkan struktur program, kelas dan jenis yuran, urus tetapan organisasi dan kebenaran staf.

Guru/Trainer

Daftar dan kendalikan kelas atau acara yang ditugaskan, termasuk rekod kehadiran.

Ibu bapa/Ahli

Daftarkan anak atau diri sendiri, semak invois dan bayar terus dari aplikasi atau pautan yang dihantar.

Pelajar/Pemain/Aset

Direkod di bawah kelas masing-masing, jadi invois, kehadiran dan sejarah bayaran terikat kepada satu profil.

Kutipan & invois automatik, sampai ke WhatsApp dan aplikasi mudah alih

Invois boleh dibuat satu-satu, atau dijana serentak untuk seluruh kelas: pilih kelas dan sistem terus buat satu invois bagi setiap pelajar, atau pilih beberapa bulan dan sistem jana invois bulanan untuk tempoh itu sekali gus, lengkap dengan pilihan e-Invois terus dalam skrin yang sama.

Notifikasi invois dan resit boleh dihantar berasingan ke SMS, WhatsApp, e-mel dan push notification pada aplikasi mudah alih, ikut saluran yang ditetapkan admin. Ibu bapa boleh bayar terus daripada pautan invois yang dikongsi tanpa log masuk ke sistem, dan muat turun resit dalam format PDF selepas bayaran berjaya.

Skrin Auto Generate Invoices dengan pilihan e-Invois
Jana invois pukal ikut kelas dan bulan, dengan pilihan e-Invois terus dalam modal yang sama.
Tetapan saluran notifikasi invois dan resit
Notifikasi invois dan resit boleh dihantar berasingan ke SMS, WhatsApp, e-mel atau push notification.

Semua di hujung jari ibu bapa

Selain portal web untuk admin dan guru, ibu bapa dapat aplikasi mudah alih sendiri untuk semak pengumuman, profil anak, sejarah invois dan bayar terus dari telefon, tanpa perlu buka pelayar.

Paparan utama aplikasi mudah alih ibu bapa
Paparan utama ibu bapa: pengumuman dan status invois dalam satu skrin.
Profil pelajar dalam aplikasi mudah alih
Profil setiap pelajar, dengan kelas, invois dan dokumen dalam satu skrin.
Sejarah invois dan pembayaran dalam aplikasi mudah alih
Sejarah invois dan pembayaran boleh disemak sendiri, tahun demi tahun.
Skrin bayaran FPX dalam aplikasi mudah alih
Bayar terus melalui FPX, pilih bank dan sahkan dalam beberapa saat.

Pendaftaran dalam talian

Kongsikan satu pautan pendaftaran am di mana ibu bapa pilih sendiri kelas yang berkaitan, atau pautan khusus satu kelas yang terus menetapkan kelas tersebut semasa pendaftaran. Sebaik pendaftaran diluluskan, invois yuran pendaftaran dihantar secara automatik dan boleh dibayar serta-merta.

Borang pendaftaran dalam talian Yuran.my
Borang pendaftaran dalam talian: ibu bapa isi maklumat sendiri, tiada kertas dan tiada kaunter.

Ciri ini banyak digunakan oleh sekolah KAFA untuk pendaftaran murid baharu setiap sesi persekolahan. Baca lebih lanjut di sistem yuran sekolah KAFA.

Papan pemuka & laporan kewangan yang sentiasa terkini

Papan pemuka memaparkan jumlah dikutip, peratus kutipan dan invois tertunggak untuk bulan semasa, dikemas kini automatik setiap kali bayaran masuk, tanpa perlu jana laporan berasingan.

Papan pemuka statistik kutipan Yuran.my
Papan pemuka masa nyata: jumlah dikutip, peratus kutipan dan invois tertunggak untuk bulan semasa.

Selain papan pemuka, laporan kutipan, invois, penyata tahunan, ringkasan bil dan senarai tunggakan dijana terus daripada data sistem, boleh dieksport ke CSV dan dicetak bila-bila masa.

e-Invois: patuh LHDN tanpa kerja tambahan

e-Invois diaktifkan dari Settings, termasuk pilihan untuk membenarkan ibu bapa membuat tuntutan e-Invois sendiri. Sistem menggabungkan (consolidate) transaksi kecil sepanjang tempoh menjadi satu e-invois ringkasan untuk dihantar ke LHDN, disambung terus ke portal MyInvois melalui perantara berdaftar, dan ada laporan serta papan pemuka berasingan untuk semak status pematuhan bila-bila masa.

Tetapan integrasi e-Invois dengan LHDN MyInvois
Tetapan e-Invois disambung terus ke portal MyInvois LHDN melalui perantara berdaftar.
Status e-Invois sah pada invois dengan pautan ke MyInvois
Setiap invois yang disahkan memaparkan status e-Invois dan pautan terus ke MyInvois.

Kehadiran pintar

Kehadiran direkod bagi setiap kelas atau acara, ditandakan pelajar hadir satu-satu dengan ruang catatan untuk sebab tidak hadir, dan sesi boleh ditutup untuk mengunci rekod tersebut. Kehadiran ini tersimpan bersama rekod pelajar, jadi sebarang pelarasan yuran atas sebab ketidakhadiran ada asas yang jelas, dan laporan kehadiran tahunan boleh dijana ikut kelas bila-bila masa.

Laporan kehadiran tahunan ikut kelas
Laporan kehadiran tahunan ikut kelas, sedia untuk eksport CSV atau cetak.

Modul ini banyak digunakan pusat tuisyen yang mengaitkan kehadiran dengan pelarasan yuran bulanan. Baca lebih lanjut di sistem yuran pusat tuisyen.

Infaq & sumbangan

Infaq ialah ciri sumbangan yang berasingan daripada invois yuran biasa: jumlah bebas, boleh diberi pada bila-bila masa, dengan atau tanpa nama penyumbang. Institusi tetapkan sendiri jenis infaq yang mahu dikumpul, dan jumlah kutipan boleh disemak mengikut nama atau tempoh tarikh, dengan jumlah keseluruhan sedia untuk eksport CSV atau cetak.

Senarai infaq dan sumbangan di portal admin
Admin semak setiap sumbangan, jumlah keseluruhan dan boleh eksport terus ke CSV atau cetak.
Sejarah sumbangan infaq dalam aplikasi mudah alih
Sejarah sumbangan boleh disemak sendiri oleh ibu bapa terus dari aplikasi mudah alih.

Ciri ini relevan khusus untuk sekolah agama, KAFA dan tahfiz yang mengumpul sumbangan masjid atau surau bersama yuran bulanan. Baca lebih lanjut di portal yuran sekolah KAFA.

Pindah dari sistem lama atau Excel?

Tidak perlu masukkan data satu-satu. Isi templat Excel yang kami sediakan (ada versi berasingan untuk sekolah, KAFA, persatuan penduduk dan kelab sukan), serahkan kepada pasukan kami, dan data anda dipindahkan terus ke dalam sistem serta diuji sebelum organisasi anda mula guna.

Soalan lazim

Aplikasi mudah alih Yuran.my untuk semua peranan, atau ibu bapa sahaja?

Aplikasi mudah alih khusus untuk ibu bapa dan ahli. Admin, guru dan pentadbir lain log masuk melalui pelayar web, termasuk dari telefon (Chrome atau Safari), tanpa perlu memasang apa-apa.

Perlukah ibu bapa memuat turun aplikasi untuk membuat bayaran?

Tidak. Ibu bapa boleh bayar terus daripada pautan invois yang dihantar melalui WhatsApp, SMS atau e-mel, tanpa log masuk dan tanpa memasang aplikasi. Aplikasi disediakan untuk mereka yang mahu semak rekod dengan lebih kerap.

Kami dah ada senarai pelajar dan rekod yuran dalam Excel. Perlu masuk semula satu-satu dalam sistem?

Tidak. Isi templat data migration yang kami sediakan (ada versi berasingan untuk sekolah, KAFA, persatuan penduduk dan kelab sukan), serahkan kepada kami, dan pasukan kami masukkan terus ke dalam sistem serta buat ujian sebelum anda mula guna.

Macam mana e-Invois LHDN berfungsi dalam sistem?

Aktifkan e-Invois dalam Settings, sistem menggabungkan transaksi kecil menjadi satu e-invois ringkasan (consolidated) untuk dihantar ke LHDN melalui pautan terus ke portal MyInvois, dan ada laporan serta papan pemuka berasingan untuk semak status pematuhan.

Ada papan pemuka untuk pantau kutipan tanpa buka laporan berasingan?

Ada. Papan pemuka memaparkan jumlah dikutip, peratus kutipan dan invois tertunggak untuk bulan semasa, dikemas kini automatik setiap kali bayaran masuk.

Boleh urus derma atau infaq berasingan daripada yuran bulanan?

Boleh. Infaq ialah ciri sumbangan berasingan daripada invois yuran, jumlah bebas, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa nama penyumbang. Institusi tetapkan sendiri jenis infaq yang mahu dikumpul.

Ada caj transaksi untuk bayaran online?

Ada, caj kecil setiap transaksi FPX bergantung pada pakej dan jenis akaun bank. Bayaran yang direkod secara manual tiada caj transaksi. Butiran penuh di halaman caj transaksi FPX.

Boleh urus kehadiran kelas dalam sistem yang sama?

Boleh. Modul Kehadiran Pintar merekod kehadiran setiap kelas atau sesi bersama rekod pelajar, jadi pelarasan yuran atas sebab ketidakhadiran ada asas yang jelas.

Berapa lama untuk organisasi kami mula guna sistem?

Tujuh hari dari tarikh kami terima senarai pelajar/ahli dan kelas sedia ada anda, termasuk semakan sebelum sistem live.