Kutip yuran tanpa buku resit

Sistem kutipan yuran dan bayaran online untuk sekolah, tadika, tahfiz, kelab dan persatuan. Duit masuk terus ke akaun anda guna FPX.

Guru menyemak dashboard kutipan yuran Yuran.my di komputer riba

Digunakan oleh sekolah, tadika, tahfiz, kelab dan persatuan di seluruh Malaysia

Lembaga Zakat SelangorMalaysian Technical Skills AcademyAl ManarJom Al QuranBeana Home QuranHaslelaKAFA USMTaybahSRI UmmahKAFAI Al Hikmah Subang BestariKAFAI Madrasatul IkhwanKAFA Integrasi As SolihinJunior ArithmeticLittle CaliphsPondok Ngaji CyberQ-deesPASTISRITI Tahfiz BBSTPDRM FCSoccer Ace FCKLFASuper Safee Soccer SchoolMATSA BenutSeni Silat Pusaka Gayong SemenyihMaster Maths Tuition CentreMITSAIJom Pandai Matematik

Kalau anda masih kutip yuran secara manual, ini yang berlaku

Kepada anda yang dah letih nak urus bayaran dan kutipan yuran setiap bulan.

Duit kena songlap

Staf tidak amanah. Masalah simpan duit tunai. Selalu hilang. Tak dapat trace.

Sukar kutip yuran 100%

Susah nak pantau status kutipan. Peringatan bayaran secara manual. Gaji guru, bil api dan bil air tetap perlu dibayar.

Rekod bayaran bersepah

Sekejap tulis resit. Sekejap dalam WhatsApp. Tiada satu database.

Sukar melayan kerenah pelanggan

Resit hilang. Pelanggan terlupa bayar. Periksa status tertunggak.

Kerja manual yang renyah

Sudah 2026. Masih lagi kutip yuran manual. Tiada sistem. Tugas bertambah.

Ada yang bayar, tapi tak beritahu nama

Duit dah transfer, tapi tak beritahu bulan berapa, nama siapa. Kita jadi pening kepala.

Cari rekod bayaran, tapi tak jumpa

Ada data tidak dimasukkan. Buku resit hilang. Komputer kena virus. Admin pula cuti bersalin.

Perlu lebih masa dan tenaga

Tulis buku resit. Pindahkan maklumat ke Excel. Senarai tertunggak. Laporan kutipan.

Anda fokus pada bisnes, kami bantu kutip yuran

Duit direct masuk akaun

Kutipan online guna FPX. Tak perlu simpan cash, tak perlu risau staf tidak jujur.

Cara bayaran FPX berfungsi
Dashboard kutipan yuran dibuka di komputer riba

Boleh kutip yuran 100%

Mudah nak pantau status kutipan. Peringatan bayaran automatik melalui web dan WhatsApp.

Rekod bayaran dalam satu tempat

Bersepadu. Tidak lagi kucar kacir. Semua rujuk database yang sama.

Mudah nak jawab soalan pelanggan

"Berapa yuran saya tertunggak?" Jawablah dengan bergaya. Resit hilang, print yang baru.

Tak perlu buat kerja renyah Selamat tinggal buku resit.
Pantau kutipan real time Tak perlu tunggu report hujung bulan.
Mudah cari rekod bayaran Data sentiasa terkini.
Ada banyak masa terluang Tiada lagi kerja pindah data ke Excel.

Sistem ini sesuai untuk siapa?

Ada beberapa jenis organisasi yang menggunakan sistem kutipan yuran kami.

Persatuan PendudukKelab SukanPusat TahfizTadikaTaskaKAFAPra-SekolahSekolah IntegrasiPusat TuisyenMuafakat MRSM / SBPPIBGKoperasiMadrasahMaahadSK / SMKBadan Khairat KematianBadan KebajikanTraining CentrePertubuhan Bekas PelajarKelab GuruKelab Kakitangan

Untuk mengetahui sama ada organisasi anda sesuai atau tidak, hubungi kami dan dapatkan kajian kes mengikut industri.

Apa kata mereka yang dah guna

Kemudahan pada sistem yuran.my banyak membantu guru-guru. Mereka tidak perlu lagi mengambil masa yang lama di sekolah semata-mata untuk menyiapkan urusan kewangan.
Ustazah Norhayati Omar Ketua Guru, KAFAI Ar Ridhuan
Guru-guru tidak perlu lagi membuat kutipan yuran secara manual kerana bayaran boleh dibuat terus melalui sistem.
Ustaz Mohd Nizam Ketua Guru, KAFAI Al Hikmah
Sistem yuran.my memudahkan ibubapa menyemak yuran anak mereka dan dapatkan terus resit tanpa perlu menunggu lama di pejabat sekolah.
Ustazah Shamsiah Ketua Guru, KAFAI Al Insaniah
Sangat membantu memudahkan pengurusan rekod data murid, keselamatan, dan menjimatkan masa guru-guru di sekolah.
Ustazah Latifah Ketua Guru, KAFAI Al Hidayah
Pembayaran hanya perlu dipantau melalui dashboard. Perubahan cara pembayaran ini disokong 100% oleh penduduk kerana lebih mudah diakses 24 jam.
Muhamad Zaman Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi 4, Padang Serai
Sangat membantu dan memudahkan urusan pengkeranian dan yuran kami di SRITI. Parents pun lebih mudah bayar, semuanya lebih tersusun.
Ainul Lutfi SRITI, Sepang

Nak tahu lebih lanjut?

Isi borang di bawah dan kami hubungi anda, atau terus WhatsApp kami.