FAQs

Apa Itu Yuran.my?

Yuran.my merupakan satu aplikasi sistem yang membantu pelanggan2 kami untuk menyimpan dan memproses maklumat2 termasuk maklumat bayaran segala jenis yuran.

Antara maklumat yang sistem Yuran.my simpan dan proses ialah:

Maklumat Pelajar
Maklumat Pengajar
Maklumat Program
Maklumat Bayaran

Maklumat2 ini kami olah untuk dilihat oleh pihak pengurusan dalam memahami situasi perjalanan sesuatu projek atau program. Antara maklumat yang kami sediakan ialah:

Skrin dashboard yg menyimpan maklumat terkini berkenaan kutipan yuran

Menu laporan yang boleh dirujuk utk beberapa jenis laporan yg disediakan

Adakah Yuran.my selamat?

Untuk makluman pengguna, kita cuba pastikan yuran.my selamat antaranya: 
1. Kalau masuk web, kita guna https, contohnya https://www.yuran.my. Selain itu,  kalau perasan guna browser ada gambar kunci. sama macam kalau kita masuk maybank2u juga. https. “S” itu ialah security dan protected. Kalau dia kena scam dan hack, website lain juga ada risiko ni.

2. Transaksi bank tidak dibuat di  dalam yuran.my. Sebab tu kita guna payment FPX. kalau perasan bila nak buat pembayaran kita akan masuk environment FPX. FPX adalah merupakan perkhidmatan yang ditawarakan oleh paynet iaitu gerbang pembayran kebangsaan dibawah Bank Negara Malaysia (https://paynet.my/about-paynet.html).

Jadi kalau kena scam, bukan kat yuran.my je yang kena, semua yang guna FPX  juga berisiko untuk discam termasuk yang shopping kat Shoppe, Grab Food, Lazada dan FoodPanda dan lain-lain.

3. Akaun bank ahli tidak direkod/ disimpan didalam sistem yuran.my. Kalau anda perasan, dalam data kita memang tidak ada rekod no bank. Sebab tu kalau orang masuk sistem yuran.my, dia takkan dapat no akaun bank. Paling kuat di akan dpat pun ialah alamat rumah, no telefon dan email. 

4. Kita menggunakan server yang selamat dan memiliki sekuriti yang tinggi di cloud. Kita tidak guna yang  takde security walaupun dia murah tapi berbahaya.

Apa Itu Custom Domain?

Custom domain tu ialah nama untuk alamat internet.

Contohnya sekarang untuk akses sistem yuran perlu pergi ke alamat internet abc.yuran.vip

abc.yuran.vip = akses kepada sistem yuran.my
abc = subdomain
Yuran.vip = domain

Jadi kalau custom domain, kita benarkan abc utk letak nama sendiri. Contohnya, abc.com
abc.com = akses kepada sistem yuran.my