Kemahiran Digital Pekerjaan Masa Hadapan merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan abad ke-21 kepada belia Asia Tenggara. Program ini akan memberikan latihan kemahiran digital dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi seperti analisis data, sains data, pembangunan operasi, pembangunan perisian, dan sokongan IT.
Setelah tamat latihan ini, peserta akan menerima sijil dan peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.
Objektif Kemahiran Digital Pekerjaan Masa Hadapan
Objektif Kemahiran Digital Pekerjaan Masa Hadapan adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kemahiran dan memberikan latihan semula kepada rakyat Malaysia dalam bidang digital yang mempunyai permintaan tinggi.
- Meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja dalam menghadapi persaingan di dalam landskap pekerjaan yang kompetitif, dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan.
- Menjamin penempatan pekerjaan kepada peserta program ini.
Dengan adanya Kemahiran Digital Pekerjaan Masa Hadapan, diharapkan belia Asia Tenggara dapat memperoleh kemahiran digital yang diperlukan untuk menghadapi cabaran pekerjaan pada masa kini. Program ini juga membuka peluang pekerjaan yang lebih baik bagi peserta yang telah menyelesaikan latihan ini.
Macam mana nak sertai kursus Kemahiran Digital Pekerjaan Masa Hadapan?
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di sini: https://myfuturejobs.gov.my/ms/peningkatan-kemahiran/