Bengkel Persediaan Pemantauan Audit Kewangan Sekolah KAFAI JAIS

SHAH ALAM – Team yuran.my bekerjasama dengan semua sekolah-sekolah KAFA JAIS Daerah Petaling yang menggunakan platform yuran.my mengadakan bengkel pra-persediaan Pemantauan (Audit) Kewangan Sekolah KAFAI JAIS 2024. Di dalam bengkel ini, ketua-ketua guru atau wakil yang terbabit dikumpulkan di dalam satu bilik perbincangan. Objektif bengkel ini adalah untuk membantu dan memudah-cara ketua-ketua guru atau wakil sekolah dalam persiapan menjelang hari pemantuan (audit) JAIS 2024 yang sebenar.

Bengkel ini berjalan dalam dua sesi, dimana sesi pertama dijalankan dengan Ketua Guru KAFAI Al Hikmah berkongsi pengalaman mereka dalam proses pemantuan JAIS untuk 2 tahun yang berturut-turut setelah menggunakan sistem yuran.my. Selepas itu, KAFAI Al Ridhwan juga berkongsi pengalaman mereka semasa pertama kali menjalani proses pemantauan pada tahun 2023.

Kemudian, peserta-peserta bengkel mula berbincang persoalan persiapan dalam proses pemantauan. Ini termasuklah menyediakan data-data yg diperlukan dan diambil dari sistem yuran.my. Proses bayaran yuran melalui sistem yuran.my memudahkan data-data ini diakses pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Ianya juga boleh diolah supaya menjadi laporan seperti yang diminta oleh JAIS contohnya Laporan Suwa 5.1 dan sebagainya

Diakhir bengkel, para peserta menyenaraikan persiapan yang perlu di sediakan

Bengkel untuk sesi yang ke-2 dijalankan adalah bagi memastikan sekolah-sekolah yang menggunakan sistem yuran.my telah bersiap sedia dalam proses pemantauan. Pelbagai persoalan dan kemusykilan dibincangkan secara bersama bagi membantu antara satu sama lain.

Alhamdulillah, melalui bengkel-bengkel ini, pihak yuran.my dapat membantu pihak sekolah disamping sokongan padu yang diberikan oleh sekolah-sekolah yang berpengalaman dalam proses pemantuan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih buat Ketua Guru KAFAI Al Hikmah, Ustaz Nizam dan Ketua Guru KAFAI Al Ridhwan Ustazah Norhayati yang mengetuai Bengkel ini.

Leave a Comment