Testimoni Sekolah KAFAI Al Hikmah

PETALING – Ustaz Nizam, Ketua Guru KAFA Integasi Al Hikmah Subang Bestari telah berkongsi pengalamannya menggunakan sistem yuran.my. Sekolah beliau telah menggunakan sistem yuran.my selama 3 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau dapati pengurusan kewangan sekolah lebih kemas dan teratur terutama dari sudut aspek keselamatan.

Dari aspek pengurusan kewangan, guru-guru tidak perlu lagi membuat kutipan yuran secara manual kerana bayaran boleh dibuat terus melalui sistem. Rekod bayaran disimpan secara sistematik di dalam sistem dan memudahkan proses pemantauan. Dokumen seperti buku resit dan invois tidak perlu digunakan lagi dan boleh menjimatkan kos perbelanjaan sekolah.

Dari aspek keselamatan pula, pihak sekolah tidak perlu lagi berulang alik ke bank untuk membuat simpanan wang kerana pembayaran dibuat secara atas talian dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank sekolah. Kakitangan sekolah terselamat daripada risiko kehilangan, kecurian dan sebagainya.

Dari perspektif ibubapa pula, sistem yuran.my membolehkan ibubapa mendapatkan invois dan resit anak mereka tanpa perlu pergi ke pejabat sekolah. Segala maklumat mengenai bayaran yuran sekolah boleh dihantar kepada ibubapa melalui notifikasi Whatsapp dan juga emel.

Ustaz Nizam juga menggalakkan kepada semua sekolah-sekolah KAFA untuk menggunakan sistem yuran.my ini kerana ia sangat membantu memudahkan pengurusan kewangan terutamanya apabila perlu melalui proses pemantauan kewangan setiap tahun. Sekolah tidak perlu membawa terlalu banyak dokumen-dokumen dan fail-fail berat kerana semua maklumat yang berkaitan dengan penerimaan pembayaran yuran sekolah boleh didapati melalui sistem yuran.my.

Secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh yuran.my dan berharap yuran.my dapat dikembangkan kepada sekolah-sekolah KAFA yang yang lain terutama daerah Petaling yang belum lagi menggunakan sistem yuran.my.

Leave a Comment