Kelab Bola Sepak Ampang atau nama singkatanny SAA telah ditubuhkan pada awal bulan Ogos 2024. Bermula di peringkat umur bawah 5 tahun dan bawah 16 tahun juga bermain diliga-liga tempatan dan Perlawanan Persahabatan.
Pada asalnya, pasukan ini diberi nama Soccer Ace Pandan Indah. Akan tetapi pihak Soccer Ace FC telah memberi kepercayaan kepada kami untuk meluaskan lagi skop penyertaan ke seluruh warga Ampang. Dan secara rasminya 08 September 2024 ditukarkan nama kepada Soccer Ace Ampang.
Kelab Bola Sepak Soccer Ace Ampang (SAA) dibawah naugan Soccer Ace FC yang diiktiraf Pesuruh Jaya Sukan Malaysia. Ahli gabungan FAS sejak 2019 dan program kelab disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pasukan Bola Sepak Malaysia.
Berapakah pusat latihan yang Soccer Ace FC ada?
Kelab Bola Sepak Soccer Ace Ampang mempunyai 1 cawangan sahaja iaitu di Pandan Indah. Mula dibuka di Ampang pada 07 Ogos 2024 di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.
Latihan berpusat di Padang Sekolah Kebangsaan Pandan Indah pada setiap hari Ahad. Sesi latihan akan bermula pada jam 4:00 petang – 6:00 petang.
Setiap pusat latihan mempunyai jadual mingguan yang tersendiri. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi mereka di socceracefc.com.
Apakah penyertaan dan pencapaian kelab setakat ini?
Soccer Ace Ampang tidak terlepas peluang untuk mencungkil bakat anak-anak kecil melalui Program Klinik Percuma. Bermula dari umur 6 tahun sehingga 15 tahun.
Mereka juga pernah menyertai Liga Dalaman Soccer Ace FC yang disertai lebih dari 32 cawangan di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan. Soccer Ace Ampang bercadang untuk menyertai lebih banyak lagi liga-liga luar dan terbuka pada masa akan datang.
Ketua Jurulatih
- Coach Mohd Kashfun Bin Mohd Nadzri
Pasukan U8
- Coach Mohd Kashfun Bin Mohd Nadzri
- 20 orang pemain
- Berumur 6-8 tahun
- Penyertaan:
- Perlawanan persahabatan.
- Menyertai Liga Dalaman Soccer Ace.
- Juara Kumpulan A.
- No 4 secara keseluruhan.
Pasukan U10
- Coach Mohd Fazly Bin Abdul Ghani
- 20 orang pemain
- Berumur 9-10 tahun
- Penyertaan:
- Perlawanan persahabatan.
- Menyertai Liga Dalaman Soccer Ace.
- Naib Juara Kumpulan.
- Tewas peringkat kalah mati.
Pasukan Senior
- Coach Mohd Zali
- 20 orang pemain
- berumur 13, 14 dan 15 tahun
- Penyertaan:
- Perlawanan persahabatan.
- Menyertai Liga Dalaman Soccer Ace.
- Juara Kumpulan.
- Kalah di peringkat Suku Akhir.
Untuk mengetahui lebih lanjut penyertaan yang telah Soccer Ace FC capai boleh klik link disini.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk sertai Soccer Ace Ampang?
Yuran penyertaan untuk menyertai Soccer Ace Ampang adalah seperti berikut:
- Yuran Pendaftaran: RM230 untuk pendaftaran pertama kali.
- Yuran Bulanan: RM70 sebulan untuk setiap pemain.
Cara untuk hubungi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak pengurusan Soccer Ace Ampang di talian:
- Siti Aishah BT. Mohd Hadi (PENGURUS) – 0136463461
- Mohd Kahfun B. Mohd Nadzri (TIM. PENGURUS/HEAD COACH) – 0136463462
Ikuti juga laman sosial mereka di:
- Facebook: Soccer Ace Ampang
- Tiktok: Socceraceampang