Kelab bolasepak Soccer Ace telah berkolaborasi bersama Yuran.my yang mana Yuran.my merupakan medium utama untuk Kelab Bolasepak Soccer Ace mengutip yuran bulanan pemain. Dengan kolaborasi bersama ini, logo Yuran.my akan dicetak pada baju jersi rasmi Soccers Ace. Kolaborasi antara Yuran.my dan Kelab Bolasepak SoccerAce membuktikan bahawa pengurusan yuran yang cekap mampu beri kesan besar kepada perkembangan sesebuah kelab. Bila urusan kewangan jadi mudah, pasukan boleh beri fokus penuh pada pembangunan bakat dan prestasi di padang.
Apa Itu Yuran.my?
Yuran.my ialah sistem kutipan yuran yang direka khas untuk memudahkan urusan pembayaran dalam kelab, persatuan, sekolah, tadika, pusat latihan dan pelbagai organisasi.
Jersi Rasmi Soccer Ace
Baru-baru ini Soccer Ace telah mengeluarkan/mencetak 2 jenis jersi baru untuk pemain beserta dengan logo Yuran.my di baju jersi rasmi Soccers Ace.
Majulah sukan untuk negara