Kolaborasi Yuran.my bersama Chip-In

Dalam usaha kami mengorak langkah kehadapan, beberapa inisiatif dan modul baru akan diperkenalkan.

Buat masa ini, gerbang pembayaran yang terdapat didalam sistem yuran.my ialah melalui FPX. Ibubapa, pelajar atau ahli persatuan boleh membayar yuran menggunakan aplikasi mobil melalui gerbang pembayaran FPX.

Yuran.my melalui syarikat VHA Cognitive (M) Sdn Bhd mengorak langkah kehadapan untuk menambah beberapa kaedah bayaran dengan menambah gerbang pembayaran. Dengan itu, yuran.my membuat kerjasama strategik bersama syarikat Chip-in Sdn Bhd

CHIP IN SDN. BHD. (“CHIP – Platform Kewangan Digital” atau “CHIP”), sebuah syarikat fintech yang sedang berkembang pesat dan berfokus kepada pendigitalan proses perniagaan untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (MSME) di Malaysia.

Chip-in adalah salah satu syarikat bumiputera yang memegang lesen Bank Negara Malaysia sebagai Perkhidmatan Perolehan Saudagar Bukan Bank atau Non-Bank Merchant Acquirer..

Maklumat lanjut berkenaan lesen yang diperolehi oleh Chip-in ini boleh diperoleh di link berikut https://blog.chip-in.asia/chip-non-bank-merchant-acquirer-bnm/

Melalui kolaborasi bersama Chip-In, yuran.my akan menambah beberapa pilihan gerbang pembayaran iaitu FPX, eWallet, DuitNow dan Kad Kredit. Kesemua gerbang pembayaran ini akan diintegrasi bersama aplikasi yuran.my.

Semua pelanggan sistem yuran.my akan dibantu untuk proses penambahan gerbang pembayaran ini. Proses ini akan mula dijalankan pada awal November 2024 dan dijangka akan diluncurkan pada suku pertama tahun 2025 (Q1 2025).

Semoga kolaborasi ini akan mengorak satu lagi dimensi baru dunia perniagaan antara yuran.my dan chip-in dimasa hadapan.

Leave a Comment