Mengurus sekolah swasta yang mempunyai jumlah bilangan pelajar yang ramai adalah sesuatu yang amat mencabar. Pelbagai data dan rekod harus disimpan untuk kelangsungan operasi sekolah. Ini termasuklah dalam soal pengurusan kewangan sekolah dimana sekolah-skolah swasta menggunakan duit yuran pengajian sebagai sumber untuk menampung kos operasi pengurusan termasuklah gaji guru-guru.
Begitulah yang dihadapi oleh pengurusan sekolah SRITI Sepang. mereka harus memastikan bahawa rekod-rekod pelajar dikemaskini dengan tuntas selain dari rekod-rekod bayaran yuran pengajian. Salah satu cabaran utama sekolah dalam mengurus kutipan yuran ialah untuk mendapatkan senarai yuran tertunggak dan membuat tindakan susulan untuk menghubungi ibubapa bagi mendapatkan bayaran tunggakan. Risiko untuk tidak mendapatkan bayaran yuran adalah tinggi jika tiada tindakan susualan dibuat dan ini menyukarkan lagi pengurusan SRITI untuk menampung kos operasi sekolah
Pengurusan SRITI membuat keputusan untuk membuat suatu transformasi digital. Mendapatkan sistem yang boleh membantu merekod data-data pelajar dan juga membantu dalam urusan kutipan yuran pengajian. http://Yuran.My dipilih sebagai perintis.
Proses pendigitalan merupakan suatu pengalaman yang bagus untuk SRITI Sepang memandangkan rekod-rekod pelajar sebelum ini tidak dimasukkan kedalam suatu sistem dengan sempurna. Melalui proses tranformasi ini, pihak pengurusan dapat mengemaskini maklumat pelajar dan ibubapa. Malah rekod-rekod bayaran juga dapat dikemaskini secara terus (realtime). Untuk rekod, SRITI Sepang berjaya menguruskan rekod-rekod pelajar untuk lebih dari 200 orang pelajar dengan jumlah kutipan yuran pengajian melebihi 6 angka setahun.
Penggunaan sistem http://Yuran.my dapat menjimatkan masa kutipan oleh pihak SRITI Sepang. Hal ini kerana, sistem http://Yuran.my telah berintegrasi dengan proses “Financial Processing Exchange” atau lebih dikenali sebagai FPX yang dapat memudahkan ibubapa melakukan pembayaran secara atas talian. Tiada lagi yuran dibayar secara tunai malah penggunaan pindahan bank juga semakin berkurangan. Ibubapa menyahut baik transformasi ini dengan sedia memasang aplikasi http://Yuran.My ditelefon pintar mereka. Melalui aplikasi tersebut, mereke boleh melihat invois yang masih belum dibayar, membuat pembayaran secara dalam talian, melihat rekod anak-anak, melihat sejarah pembayaran dan memuat turun resit dan juga invoice. Selain dari itu aplikasi ini juga digunakan sebagai medium komunikasi dan perkongsian maklumat dari pengurusan sekolah. Ini merapatkan lagi jurang maklumat antara pengurusan dan ibubapa
Berdasarkan rekod analisa purata tahunan terkini, kaedah bayaran yuran menggunakan FPX adalah sebanyak 49%, manakala kaedah bayaran yuran menggunakan pindahan bank atau online-transfer sebanyak 50% dan kaedah secara tunai sebanyak 1%.
Manakala, jika dilihat dari rekod kutipan bulan Mac 2023 sebanyak 84% yuran dibayar menggunakan kaedah FPX, manakala lagi 16% adalah bayaran menggunakan kaedah online transfer. Tiada lagi bayaran secara tunai. Ini menandakan proses transformasi digital untuk SRITI sepang telah berjaya membuka minda ibubapa untuk turut serta dalam era pendigital termasuk dalam proses bayaran yuran. Tiada lagi transaksi tunai bermakna risiko wang tunai itu semakin kecil dan operasi sekolah boleh diurus dengan lebih pantas dan tepat.
http://Yuran.my juga turut memberikan impak yang positif kepada kakitangan SRITI Sepang di mana mereka boleh menjana invois dengan mudah serta dapat memantau pembayaran yuran dengan hanya menggunakan satu sistem. Mereka juga boleh melihat rekod-rekod yuran serta pembayaran yang telah dilakukan kerana di dalam sistem http://Yuran.my juga telah tersedia dengan pelbagai jenis laporan.
Semoga sekolah SRITI Sepang terus maju dalam mendidik anak bangsa untuk mengenal ilmu dunia dan akhirat.