Testimoni Sekolah KAFAI Ar Ridhuan

PETALING – Ustazah Nurhayati, Ketua Guru KAFA Integrasi Ar Ridhuan telah berkongsi pengalamannya menggunakan sistem Yuran.my. Sekolah beliau telah mula menggunakan sistem Yuran.my pada tahun 2023. Beliau berpendapat dengan sistem Yuran.my, banyak pengurusan kewangan di sekolah menjadi lebih mudah.

Guru-guru tidak perlu lagi menerima yuran secara tunai. Pembayaran dibuat secara atas talian dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank sekolah. Maka, masalah ketirisan dan kehilangan duit tunai tidak lagi berlaku. Resit bayaran pula boleh dijana secara automatik kepada ibubapa. Guru-guru tidak perlu lagi mengambil masa yang lama di sekolah semata-mata untuk menyiapkan urusan kewangan sekolah. Ini sekaligus meningkatkan ketelusan dalam proses pengurusan kewangan sekolah.

Ustazah Norhayati berterima kasih kepada Ustaz Nizam dari KAFA Integrasi Al Hikmah dan En Asri yang telah memperkenalkan sistem Yuran.my. Beliau turut memaklumkan bahawa penggunaan sistem Yuran.my ini telah semakin meningkat kepada sekolah-sekolah yang lain di Zon 1 Daerah Petaling.

Secara keseluruhan, beliau berpendapat perkhidmatan yang disediakan oleh Yuran.my sangat memudahkan kerja pihak sekolah di mana aliran kerja manual telah diautomasikan dan sistem ini sangat bagus untuk kegunaan semua sekolah.

Klik video testimoni dibawah.

Leave a Comment