Bagaimana Pembayaran Digital Membantu Negara dalam Pandemik

Dunia dikejutkan dengan pandemik Covid19. Semua kita sedang bertarung dengan pandemik tanpa mengira siapa dan dimana. Perniagaan banyak terjejas tambahan pula yang bergantung kepada perlunya keadaan bersemuka seperti tadika, sekolah, pusat tuisyen, aktiviti bersukan dan sebagainya.

Berdasarkan kajian Forum Ekonimi Dunia di negara China semasa krisis Corona Virus ini, pembayaran digital iaitu kaedah pembayaran dalam talian banyak membantu meneruskan kesinambungan aktiviti ekonomi dan dapat mengurangkan kontak rapat dengan sumber lain bagi memutuskan rantaian virus.

Menurut mereka lagi, kaedah pembayaran digital telah membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan dan perkhidmatan sewaktu mereka dalam tempoh kuarantin

Kemudahan Pembayaran Digital tanpa kontak disetiap kedai-kedai seperti QR Code, pengimbasan muka atau Komunikasi Terdekat (NFC) telah sedikit sebanyak membatu dalam memutuskan rantaian virus berbanding dengan penggunaan wang kertas. Selain pengguna boleh membuat tempahan dan bayaran secara dalam talian, ianya juga membantu meningkatkan inisiatif penggunaan e-dagang secara tak langsung membantu peniaga kecil di dalam talian menambah pendapatan.

Di dalam kajian tersebut juga Forum Ekonomi Dunia berkongsi data berkenaan peratus penggunaan Pembayaran melalui dalam talian dimana negara China mendahului beberapa negara dengan mencatat 35.2% penggunaan.

Untuk mengetahui lanjut berkenaan dengan kajian ini, anda boleh layari dokumen asal Forum Ekonomi Dunia tersebut di sini https://www.weforum.org/agenda/2020/05/digital-payments-cash-and-covid-19-pandemics/