Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) merupakan kelayakan di dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), yang terletak pada Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.

DKM mengukuhkan aspirasi kerajaan untuk memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Siapa yang boleh mohon Diploma Kemahiran Malaysia?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bukan sahaja boleh melanjutkan pengajian ke DKM, tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Macam mana cara dapatkan Diploma Kemahiran Malaysia?

Sebagaimana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), DKM juga boleh diperolehi melalui tiga kaedah utama:

  1. Latihan di Pusat Latihan Kemahiran yang Bertauliah: Kaedah ini melibatkan latihan di institut latihan kemahiran atau pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sama ada awam atau swasta, dalam bidang dan tahap kemahiran tertentu.
  2. Latihan Berorientasikan Industri (SLDN): Kaedah ini merujuk kepada latihan perantis dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT): Kaedah ini sesuai bagi individu yang telah berpengalaman dalam bidang kemahiran tertentu, sama ada melalui pengalaman kerja atau latihan. Calon dikehendaki membuktikan kemahiran yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Namun, tidak semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat-pusat Bertauliah JPK atau Pusat SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.

Berapa lama program Diploma Kemahiran Malaysia?

Program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) atau SLDN biasanya adalah secara sepenuh masa dan memerlukan tempoh yang panjang (rata-rata 12 bulan di PB & 3 bulan Latihan Industri). Oleh itu, kaedah PPT mungkin lebih sesuai bagi individu yang sedang bekerja.

Untuk permohonan DKM melalui PPT, calon perlu menghasilkan portfolio dan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT).

30 thoughts on “Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)”

    • Hello Eric,
      DKM sepenuh masa sudah diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

      Reply
      • Hello, may I know is DKM certificate with CGPA 2. 5? I need to confirmed this as I will use it to register TCM degree courses.

        Reply
      • Hello,nk tanya kalau macam sambung DKM saya dh ada SKM tahap 2,.and nk tanya kalau mcm sambung DKM separuh masa/sambil bekerja mcm mn

        Reply
  1. Salam tuan
    -Saya ada SKM 2&3(pembuatan & pemprosesan makanan)
    -pengalaman kerja 34tahun dalam kulinari hotel dan saya nak ambil DKM melalui PPT.
    -Bagaimana dan harap tuan dapat bagi pandangan.

    Reply
  2. Salam , saya nak tanya saya ada skm 3 Automotif tapi saya nak ambik DKM bahagian mekanikal boleh ke ? Atas sebab sekarang saya bekerja dalam bidang mekanikal

    Reply
  3. Anak Saya baru habits SKM 3 dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bagaimana mahu sambung DKM

    Reply
  4. Anak saya ada SKM Mekatronik Tahap 3. Dia nak sambung ke DKM Tahap 4 & 5. Boleh tuan bagi tahu Kolej/Institusi yang ada menawarkan kursus tersebut.
    Terima kasih.

    En.Masun

    Reply
    • Di Malaysia ada 4 Universiti yg dipanggil Universiti Teknikal. Dia dibawah MTUN atau Malaysian Technical University Network. Antara universiti yang ada ialah UTHM di Johor, UNIMAP di Perlis, UMP di Pahang dan UTem di Melaka. Boleh hubungi terus Institusi berkenaan untuk maklumat berkaitan sambung belajar dalam bidang yang diingini. Terima kasih.

      Reply
  5. Anak saya ada SKM3 ETN drpd KV Likas tetapi tdk dpt melanjutkan ke peringkat SKM 4 atau DKM sbb tdk memenuhi syarat kelayakan lulus BM. Ada cara lain tak utk anak sya melanjutkan pelajaranya ke peringkat SKM 4 atau DKM di tempat lain? Sekiranya ada, boleh kah tuan syorkan kemana sya bleh buat pinjaman utk kuliah anak sya? Terima kasih

    Reply
    • Boleh rujuk pada kolej tempat anak belajar untuk tahu cara melanjutkan pelajaran. Untuk kolej kemahiran selalunya mereka akan menggunakan Pinjaman Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) khas untuk kolej kemahiran. Boleh rujuk website PTPK untuk maklumat lanjut.

      Reply
  6. Selamat sejahtera Tuan. Tumpang tanya untuk DKM tahap 4 bagi kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah ambilan secara PPT adakah diiktiraf oleh MQA?

    Reply
    • Ia diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di bawah Kementerian Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, pengiktirafan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) mungkin bergantung kepada jenis kursus dan institusi yang menawarkan program tersebut.

      Reply
  7. Salam sejahtera, Saya ada SKM tahap 3 pertanian, Saya mahu sambung belajar diploma, Kolej mana ada yang menawarkan bidang pertanian di sabah

    Reply
    • Terdapat beberapa institusi yang menawarkan program diploma dalam bidang pertanian yang sesuai untuk lepasan SKM.,

      1. Kolej Pertanian Sabah
      Terletak di Timbang Menggaris, Kota Belud, kolej ini menawarkan pelbagai kursus pertanian di peringkat diploma, termasuk dalam bidang teknologi dan pengurusan pertanian.

      2. Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Program Pra-Diploma
      Walaupun UMS terkenal dengan program ijazah, mereka juga menawarkan laluan pra-diploma atau diploma yang berkaitan dengan pertanian di Fakulti Pertanian Lestari, Kampus Sandakan.

      3. PUSAT LATIHAN VOKASIONAL PERTANIAN (AVTC)
      Pelajar lepasan SKM atau mereka yang berminat dalam bidang pertanian boleh memohon untuk program-program yang ditawarkan oleh AVTC.

      Anda boleh menghubungi institusi-institusi ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan dan program yang mereka tawarkan.

      Reply
  8. Saya bekerja di sektor kerajaan sbgai juruteknik komputer ingin mengambil DKM tahap 4 utk kenaikan pangkat, nk tahu nama kursus DKM tahap 4 teknologi maklumat?

    Reply
  9. Anak saya ada SKM bidang rekaan pakaian dan fesyen dari giat maraTahap 3. Dia nak sambung ke DKM Tahap 4 & 5. Boleh tuan bagi tahu Kolej/Institusi yang ada menawarkan kursus tersebut.
    Terima kasih.

    Reply
  10. Saya ada SKM tahap 3, bidang AUTOMOTIF (SLDN), saya mahu melanjutkan pembelajaran untuk SKM tahap 4, Kolej mana yang ada menawarkan khursus AUTOMOTIF/ AUTOMOTIF (SLDN)?

    Reply

Leave a Comment