Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) merupakan kelayakan di dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), yang terletak pada Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.

DKM mengukuhkan aspirasi kerajaan untuk memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Siapa yang boleh mohon Diploma Kemahiran Malaysia?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bukan sahaja boleh melanjutkan pengajian ke DKM, tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Macam mana cara dapatkan Diploma Kemahiran Malaysia?

Sebagaimana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), DKM juga boleh diperolehi melalui tiga kaedah utama:

  1. Latihan di Pusat Latihan Kemahiran yang Bertauliah: Kaedah ini melibatkan latihan di institut latihan kemahiran atau pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sama ada awam atau swasta, dalam bidang dan tahap kemahiran tertentu.
  2. Latihan Berorientasikan Industri (SLDN): Kaedah ini merujuk kepada latihan perantis dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT): Kaedah ini sesuai bagi individu yang telah berpengalaman dalam bidang kemahiran tertentu, sama ada melalui pengalaman kerja atau latihan. Calon dikehendaki membuktikan kemahiran yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Namun, tidak semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat-pusat Bertauliah JPK atau Pusat SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.

Berapa lama program Diploma Kemahiran Malaysia?

Program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) atau SLDN biasanya adalah secara sepenuh masa dan memerlukan tempoh yang panjang (rata-rata 12 bulan di PB & 3 bulan Latihan Industri). Oleh itu, kaedah PPT mungkin lebih sesuai bagi individu yang sedang bekerja.

Untuk permohonan DKM melalui PPT, calon perlu menghasilkan portfolio dan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT).

10 thoughts on “Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)”

    • Hello Eric,
      DKM sepenuh masa sudah diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

      Reply
  1. Salam tuan
    -Saya ada SKM 2&3(pembuatan & pemprosesan makanan)
    -pengalaman kerja 34tahun dalam kulinari hotel dan saya nak ambil DKM melalui PPT.
    -Bagaimana dan harap tuan dapat bagi pandangan.

    Reply
  2. Salam , saya nak tanya saya ada skm 3 Automotif tapi saya nak ambik DKM bahagian mekanikal boleh ke ? Atas sebab sekarang saya bekerja dalam bidang mekanikal

    Reply

Leave a Comment