Apakah itu FPX?
FPX adalah gerbang pembayaran selamat berasaskan internet yang membolehkan pemindahan dana ke akaun pelanggan yuran.my dari akaun perbankan internet pilihan pengguna. FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia.
Sila rujuk ke lamanweb rasmi PAYNET https://paynet.my/about-paynet.html untuk maklumat lanjut. Yuran.my adalah salah satu pengusaha berdaftar (merchant) dengan Paynet dan menggunakan perkhidmatan FPX.
Apakah ketersediaan perkhidmatan FPX?
Perkhidmatan FPX disediakan 24 jam setiap hari 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, perkhidmatan FPX adalah tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan Perbankan Internet pelanggan.
Adakah Pembayaran yang dibuat melalui MEPS FPX selamat?
FPX memanfaatkan perkhidmatan dengan bank-bank yang terlibat dengan Perbankan Internet dan menyediakan proses pembayaran atas talian yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan dalam masa nyata (real time). FPX menyediakan transaksi perniagaan end-to-end yang lengkap, rekod pembayaran, dan proses reconcilation yang dipermudahkan serta mengurangkan risiko kerana pergerakan dana adalah di antara institusi-institusi kewangan yang telah ditubuhkan. FPX juga menggunakan pengesahan dan pensijilan untuk memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat.
Berapakah caj untuk menggunakan perkhidmatan FPX?
Caj perkhidmatan yang dikenakan untuk FPX berbeza mengikut jenis pakej perkhidmatan yang dipilih oleh pelanggan yuran.my. Caj paling minimun adalah sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi.
Apakah Bank-Bank yang terlibat bagi FPX?
Senarai bank yang menyertai FPX adalah seperti dibawah. Sila layari lamanweb rasmi FPX utk senarai terkini https://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html
Adakah saya perlu membuat pendaftaran sebelum membuat pembayaran dengan FPX?
Tiada pendaftaran yang diperlukan berkaitan dengan FPX.
Apa yang saya perlukan untuk membuat pembayaran dengan FPX?
Anda perlu mempunyai satu akaun perbankan internet dengan bank-bank terlibat seperti di atas.
Apakah had maksimum transaksi pembayaran melalui FPX?
Pada masa ini, had transaksi untuk akaun individu ditetapkan pada RM 30,000 setiap transaksi, manakala had untuk akaun korporat ditetapkan pada RM 50,000,000 bagi setiap urus niaga. Agensi-agensi tertentu juga akan menghadkan jumlah maksimum bagi pembayaran pada satu-satu bil. Sila rujuk agensi anda untuk maklumat lanjut.
Pembayaran saya berjaya, tetapi saya tidak menerima apa-apa pemberitahuan/resit. Apa yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini:
Sila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda. Sebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.
Urusniaga saya berjaya, tetapi akaun tidak dikemaskini. Apa yang perlu saya lakukan?
Sekiranya transaksi berjaya, akaun akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja. Sekiranya ia masih tidak dikemaskini, sila buat aduan melalui ruangan aduan laman web atau aplikasi mudah alih atau helpdesk (Meja Bantuan).