Kursus Mutawif Lepasan SPM

Pelajar-pelajar lepasan SPM tidak kira lulus atau gagal dan mempunyai minat untuk menjadi mutawif profesional kini boleh sambung belajar dalam bidang ini. Bukan itu sahaja, yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga boleh mohon untuk masuk kursus mutawif.

Mereka yang kurang mahir berbahasa Arab berpeluang untuk mohon kursus mutawif dan menyertai kerjaya sebagai mutawif melalui diploma yang disediakan oleh institusi yang diiktiraf di Malaysia. Diploma ini didasarkan pada Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Apa syarat kemasukan kursus mutawif?

Mana-mana individu, dari umur remaja 17 tahun hingga dewasa 45 tahun, termasuk pelajar dari institusi tahfiz yang tidak ada SPM, boleh belajar untuk menjadi mutawif.

Kelonggaran ini dibuat berdasarkan permintaan dari banyak pihak, dengan jaminan kualiti merit kelayakan mutawif tidak akan terjejas.

Kalau tak pandai Bahasa Arab, boleh jadi mutawif?

Ya, boleh. Asalkan berminat dalam membaca, menulis, dan mengira, pelajar akan menjalani latihan intensif dalam Bahasa Arab selama dua tahun. Biasanya, pada semester akhir, pelajar akan mendapatkan pengalaman melakukan umrah di Tanah Suci.

Ada bantuan kewangan untuk pelajar kursus mutawif?

Bagi mereka yang menghadapi keterbatasan dari sudut kewangan, mereka boleh memohon pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran serta menerima elaun bulanan sebanyak RM400.

Pihak Yuran.my boleh bantu anda untuk mendapatkan tempat.

2 thoughts on “Kursus Mutawif Lepasan SPM”

Leave a Comment