Dulu semasa kecil, arwah ayah saya adalah ketua kampung dan dalam masa yang sama dia juga adalah imam surau kampung kami.
Saya masih ingat, setiap kali beberapa minggu sebelum mesyuarat Agong persatuan penduduk dan surau, ayah saya akan mula sibuk. Dia akan mula keluarkan mesin taip utk menulis laporan.
Hampir setiap malam selepas solat Isyak rumah kami akan dikunjungi oleh rakan-rakan ayah yang juga Ahli jawatankuasa.
Mereka datang untuk berbincang dan membantu menyiapkan laporan tahunan termasuklah laporan kewangan.
Berkerut-kerut dahi mereka mengira dan menyiapkan laporan.
Tengah-tengah malam itu juga kedengaran mesin taip di ketuk-ketuk.
Hampir 50 tahun berlalu, mesin taip tidak diperlukan lagi.
Namun tugas Ahli Jawatankuasa samada jawatankuasa penduduk atau surau masih sama.
Mereka masih perlu membuat laporan termasuk laporan kewangan
Laporan ini jugalah yang menjadi hangat disaat ahli-ahli bersidang terutamanya semasa Mesyuarat Agong
Ramai yang mempersoalkan status kewangan dari membantu memperbaikinya
Ramai yang menjadi hero semasa mesyuarat Agong, tapi simpan tangan bila dilantik menjadi Jawatankuasa
Harap2 anda bukan dari kalangan itu
Mari bantu AJK Jawatankuasa penduduk anda.
Bantu mereka untuk simpan maklumat dengan bersistematik
Dapatkan sistem yang membantu menyimpan maklumat ahli dan merekodkan kutipan yuran
Tugas jawatankuasa adalah sukarela; tiada gaji, tiada elaun
Mereka juga berhak untuk ada masa bersama keluarga dan tak perlu tidur lewat malam untuk jaga akaun