Skip to content
- Saya pernah duduk didalam jawatankuasa PIBG selama 7 tahun
- sekolah anak saya itu bukan sekolah kerajaan
- sekolah bergantung penuh kepada kutipan yuran untuk membayar gaji guru-guru, kos operasi, dan sebagainya
- sekolah juga terpaksa kutip dana tambahan untuk buat bangunan dan baiki infrastruktur
- sebagai ajk pibg, kami kena bantu sekolah utk kutip dana dan pantau kutipan yuran
- kita tak nak kacau cikgu2. biarkan mereka fokus mengajar
- memang kutip yuran ini suatu yang perit
- kutip yuran seolah-oleh macam kutip hutang
- ramai ibubapa yang faham dan bayar tepat pada masanya
- namun ada juga ibubapa yang tertangguh bayaran yuran
- bukan sebulan, bukan dua atau tiga bulan. malah ada yang setahun
- mereka bukan tak mampu
- bila kita tunggu di awal pagi, buat kajian, ramai yg tak bayar ni naik kereta besar2
- ada yang bawa mercedes, bmw dan vellfire juga
- bila ditanya kenapa lewat bayar?
- jawapannya mudah. “tak sempat nak bayar. Pejabat buka waktu pejabat, kami kena berkejar ke tempat lain”
- ada juga yang jawab, “tak rajin nak masuk pejabat dan bayar”
- harap2 anda tidak jumpa ibubapa yang seperti ini
- biarlah anak kita belajar dengan aman
- hak guru perlu kita jaga, mereka juga manusia yang perlu makan dan minum dan ada keluarga
- mereka mengajar anak kita, suatu kerjaya yang murni
- jangan sia2kan mereka dan anak kita
- bayarlah yuran ikut masa