Sekolah Rakyat

  • Saya pernah duduk didalam jawatankuasa PIBG selama 7 tahun
  • sekolah anak saya itu bukan sekolah kerajaan
  • sekolah bergantung penuh kepada kutipan yuran untuk membayar gaji guru-guru, kos operasi, dan sebagainya
  • sekolah juga terpaksa kutip dana tambahan untuk buat bangunan dan baiki infrastruktur
  • sebagai ajk pibg, kami kena bantu sekolah utk kutip dana dan pantau kutipan yuran
  • kita tak nak kacau cikgu2. biarkan mereka fokus mengajar
  • memang kutip yuran ini suatu yang perit
  • kutip yuran seolah-oleh macam kutip hutang
  • ramai ibubapa yang faham dan bayar tepat pada masanya
  • namun ada juga ibubapa yang tertangguh bayaran yuran
  • bukan sebulan, bukan dua atau tiga bulan. malah ada yang setahun
  • mereka bukan tak mampu
  • bila kita tunggu di awal pagi, buat kajian, ramai yg tak bayar ni naik kereta besar2
  • ada yang bawa mercedes, bmw dan vellfire juga
  • bila ditanya kenapa lewat bayar?
  • jawapannya mudah. “tak sempat nak bayar. Pejabat buka waktu pejabat, kami kena berkejar ke tempat lain”
  • ada juga yang jawab, “tak rajin nak masuk pejabat dan bayar”
  • harap2 anda tidak jumpa ibubapa yang seperti ini
  • biarlah anak kita belajar dengan aman
  • hak guru perlu kita jaga, mereka juga manusia yang perlu makan dan minum dan ada keluarga
  • mereka mengajar anak kita, suatu kerjaya yang murni
  • jangan sia2kan mereka dan anak kita
  • bayarlah yuran ikut masa