PETALING – Ustazah Norlatifah, Ketua Guru KAFA Integrasi Al Hidayah berkongsi pengalamannya menggunakan sistem Yuran.my. Oleh kerana zaman teknologi semakin berkembang, Sekolah KAFA Integrasi Al Hidayah telah memilih Yuran.my untuk kutipan yuran sekolah secara bersistem.
Menurut beliau, sistem Yuran.my mempunyai proses yang mudah untuk guru-guru mengakses maklumat di dalam sistem. Data murid serta rekod terimaan yuran dapat dicapai dengan mudah.
Dari aspek pengurusan kewangan pula, sistem Yuran.my dapat membantu ketua guru merekod data kewangan sekolah serta memudahkan guru-guru atau pentadbiran sekolah melakukan kewangan sekolah dengan lebih sistematik.
Pembayaran yuran yang dibuat secara atas talian dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank sekolah pula dapat memudahkan sistem pengurusan simpanan duit terus ke bank bagi mengelakkan kehilangan duit atau keciciran.
Dengan adanya sistem Yuran.my ini, beliau merasakan ianya sangat membantu memudahkan proses pengurusan rekod data murid, lebih selamat, menjimatkan masa dan sangat mengurangkan kerja guru-guru di sekolah.
Klik video testimoni dibawah.