Testimoni Sekolah KAFAI Al Insaniah

PETALING – Ustazah Shamsiah, Ketua Guru KAFA Integrasi Al Insaniah telah berkongsi pengalamannya menggunakan sistem Yuran.my. Sekolah beliau telah menggunakan sistem Yuran.my selama 1 tahun lebih. Beliau berpendapat bahawa sistem ini memudahkan urusan pentadbir sekolah untuk memantau yuran sekolah dan memudahkan ibubapa untuk berurusan dengan sekolah.

Beliau menyatakan dari segi kemudahan, sistem Yuran.my memudahkan ibubapa menyemak yuran anak mereka dan resit dijana secara automatik kepada ibubapa. Pihak sekolah juga mudah untuk menyemak status yuran seperti jumlah yuran yang diterima secara harian dan juga yuran tertunggak.

Beliau turut menyatakan yang ibubapa sangat suka menggunakan sistem Yuran.my kerana akses sistem di atas talian memberi fleksibiliti kepada ibu bapa untuk membayar yuran pada bila-bila masa, berbeza dengan kaedah manual di mana ibubapa terkejar-kejar untuk ke pejabat sekolah disebabkan bayaran perlu dilakukan di kaunter dan pada waktu pejabat.

Secara keseluruhan, Ustazah Shamsiah merasakan dengan adanya sistem Yuran.my ianya sangat membantu pihak sekolah dan ibubapa. Beliau berterima kasih kepada pihak Yuran.my kerana perkhidmatan yang diberikan.

Klik video testimoni dibawah.

Leave a Comment