Apa itu yuran PIBG?
Yuran PIBG biasanya merujuk kepada jumlah wang yang dikenakan oleh sekolah kepada ibu bapa atau penjaga pelajar untuk menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Yuran ini biasanya digunakan untuk membantu menampung kos aktiviti sekolah seperti pembelian alat tulis, hal-hal kebajikan dan lain-lain.
Walaupun dinamakan yuran PIBG, ia sebenarnya tidak wajib.
Apa itu sumbangan PIBG?
Sumbangan PIBG pula merujuk kepada jumlah wang yang dibayar secara sukarela oleh ibu bapa atau penjaga pelajar untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan di sekolah.
Ini adalah terma yang lebih sesuai digunakan.
Sumbangan ini biasanya digunakan untuk membiayai projek-projek sekolah yang melibatkan pembelian peralatan, pengurusan acara atau aktiviti, dan pengurusan bangunan sekolah.
Yuran PIBG vs Sumbangan PIBG. Apa beza?
Jadi, apa beza antara yuran PIBG dan sumbangan PIBG?
Sebenarnya tidak ada beza kecuali pada nama.
Apa kebaikan bayar yuran PIBG?
Pembayaran yuran PIBG oleh ibu-bapa dapat memberi manfaat kepada sekolah dan pelajar, antaranya:
- Membantu sekolah menyediakan peralatan dan kemudahan yang lebih baik untuk pembelajaran, seperti buku teks, peralatan makmal, komputer, dan lain-lain.
- Menyokong aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, koir, dan kelab, yang membantu pelajar membangunkan kemahiran sosial dan kepimpinan.
- Menyediakan bantuan kewangan untuk pelajar yang kurang berkemampuan, seperti pembelian bahan-bahan sekolah dan pakaian seragam.
- Membantu sekolah mengadakan program-program pendidikan seperti seminar, lawatan sambil belajar, dan program-program peningkatan prestasi akademik.
- Memberi peluang kepada ibu bapa untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan memahami lebih lanjut tentang pendidikan anak-anak mereka.
Kutipan yuran akan jadi lebih mudah sekiranya menggunakan sistem yang diperakui.
Try Yuran.my Sekarang →
Sy ada twins bayaran pibg seorng saja byr