Di Yuran.my, kami sentiasa mencari cara untuk memudahkan urusan anda. Kini, kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah menaik taraf kaedah pembayaran dengan lebih banyak pilihan yang fleksibel dan moden.
Mudah, fleksibel dan lebih mesra pengguna. Kini anda boleh menerima bayaran melalui lebih banyak cara!
Selain pembayaran online melalui FPX , kini anda boleh menerima bayaran melalui:
Kaedah Pembayaran Baharu Kini Tersedia
Selain pembayaran online melalui FPX , kini anda boleh menerima bayaran melalui:

- DuitNow
- Kad Kredit / Debit (Tempatan & Antarabangsa)
- E-Wallet (Touch ‘n Go, Grabpay, Boost & Maybank QRPay)
Bayaran jadi lebih cepat, mudah dan mesra pengguna – sesuai dengan keperluan ibubapa, ahli dan pelanggan masa kini!
Proses bayarannya tidak berubah seperti sebelum ini, cuma kami tambah pilihan bayaran yang boleh dipilih oleh pengguna
Terdapat 2 Fasa Transformasi Tambahan Kaedah Bayaran
- Fasa 1 – Tambahan kaedah bayaran di aplikasi versi Web. Fasa ini telah aktif
- Fasa 2 – Tambahan kaedah bayaran di aplikasi versi aplikasi mobil. Dalam proses transformasi
Kolaborasi bersama Chip-in.Asia
Untuk menjayakan integrasi ini, kami bekerjasama dengan Chip-in.asia – rakan teknologi pembayaran yang dipercayai. (https://www.chip-in.asia/) Chip-in Asia akan menguruskan semua proses pembayaran melalui kaedah tambahan ini.

Anda perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun CHIP untuk membolehkan pilihan bayaran ini dikeluarkan di sistem yuran.my. Proses pembayaran melalui kaedah ini akan dilakukan oleh CHIP. Ini bermakna urusan pindahan wang yang dibuat oleh ibubapa atau ahli ke akaun sekolah,persatuan dan kelab akan dibuat oleh CHIP.
Caj transaksi untuk setiap kaedah bayaran ini adalah berbeza. Berikut kita senaraikan secara ringkas. Untuk makluman lanjut boleh layari lamanweb CHIP -> https://www.chip-in.asia/collect
DuitNow QR (Online)
Collect payment from customers who opt to scan digital QR codes – including support for cross-border QR payments, ideal for international customers from Indonesia, Thailand and Singapore. Learn more




DuitNow QR (Online) Transaction Fee:
1.60%*
(Minimum: RM0.15, Maximum: RM1.50)*
Settlement:
Every Next Day*
E-wallets
Collect online payment from customers who prefer to pay using e-wallets.




All E-wallets Transaction Fee:
1.40%*
Settlement:
Every 2 business days*
Local credit and debit cards
Collect online payment from Malaysian customers who prefer to pay using credit, debit or prepaid cards.


Credit Card:
Debit Card:
2.0%*
1.60%*
Settlement:
Every 2 business days*
Foreign credit and debit cards
Collect card payment online from customers globally.



Credit Card:
Debit Card:
3.0%*
1.80%*
Settlement:
Every 2 business days*
Siapa Yang Layak Mengaktifkan Kaedah Bayaran Baru ini?
Ciri tambahan ini disediakan secara PERCUMA untuk:
- Pelanggan PAKEJ PRO
- Pelanggan PAKEJ PRO+
🔓 Pelanggan Pakej Startup?
Anda boleh menikmati fungsi ini juga — cuma perlu naik taraf ke Pro atau Pro+. Percayalah, pelaburan kecil ini membuka lebih banyak kemudahan buat pelanggan anda
Sekiranya anda ingin mengaktifkan kaedah pembayaran baharu ini, anda perlu mempunyai akaun Chip-in. Anda akan mendapat akses ke akaun ke Chip-in.asia setelah pendaftaran berjaya.
Jangan risau, prosesnya mudah, dan kami sedia membantu.

Pilih Cara Daftar Akaun Chip-in
Kami berikan dua pilihan mudah untuk anda:
🔹 1. Daftar Sendiri
Daftar terus di laman rasmi Chip-in dan aktifkan akaun anda
👉 Klik Di Sini Untuk Daftar Sendiri
🔹 2. Kami Bantu Daftarkan Untuk Anda
Tak sempat atau tak pasti cara daftar? Serahkan pada kami.
Isi borang dan upload dokumen yang diperlukan — kami uruskan selebihnya.
👉 Isi Borang Bantuan Pendaftaran
🎯 Jangan tunggu lagi!
Dengan lebih banyak pilihan pembayaran, anda mampu meningkatkan kadar kutipan yuran, memberi keselesaan kepada ibu bapa, dan menaik taraf imej profesional pusat anda.
Sebarang pertanyaan? Pasukan kami sedia membantu anda bila-bila masa 💬
📌 Peringatan: Setelah akaun anda aktif, kami akan hubungkan ia terus ke sistem Yuran.my. Anda akan dapat terima bayaran melalui semua kaedah baharu secara automatik – mudah, cepat, dan profesional.