Langkah2 Mendaftar Akaun CHIP

Dikemas kini 19 Oktober 2026

Langkah2 Mendaftar Akaun CHIP

Yuran.my bekerjasama dengan CHIP-in.Asia untuk tambah kaedah bayaran DuitNow QR, kad kredit/debit dan e-wallet. Sediakan dokumen perniagaan anda, lengkapkan pendaftaran dalam talian, dan akaun biasanya disahkan dalam masa 1 hari bekerja.

Pasukan Yuran.my boleh bantu uruskan pendaftaran bagi pihak anda, atau anda boleh daftar sendiri mengikut langkah di bawah.

Dokumen yang perlu disediakan

  • IC pengusaha (depan dan belakang)
  • Penyata bank (header) terkini
  • Dokumen pendaftaran perniagaan, SSM / ROS / ROB
  • Jenis premis (kedai, pejabat, pusat beli-belah, co-working, rumah) dan saiz dalam sqft
  • Status pemilikan premis, milik sendiri atau sewa
  • Bilangan pekerja dan waktu operasi
  • Anggaran jumlah jualan bulanan dan jumlah transaksi harian

Pilihan 1: Yuran.my bantu daftarkan

  1. Berikan dokumen di atas kepada pasukan Yuran.my.
  2. Selepas pendaftaran dihantar, semak emel anda untuk pengesahan.
  3. Akaun CHIP akan disahkan dalam masa 1 hari bekerja.

Pilihan 2: Daftar sendiri

  1. Klik Start Now pada pautan pendaftaran CHIP.
  2. Masukkan alamat emel anda dan sahkan anda bukan robot.
  3. Semak emel anda (termasuk folder spam/trash) untuk arahan log masuk, dan klik Continue Onboarding.
  4. Isi butiran yang diperlukan, minta kod TAC via SMS, dan masukkan kod tersebut.
  5. Isi butiran perniagaan anda. Butiran SSM biasanya diisi automatik, atau isi secara manual jika tidak.
  6. Isi nombor telefon perniagaan, URL yuran.my (atau pautan media sosial jika tiada laman web sendiri).
  7. Isi butiran aktiviti perniagaan. Tandakan jika perniagaan anda tiada inventori.
  8. Isi butiran rakan kongsi atau pemegang saham dengan pemilikan melebihi 25%.
  9. Isi butiran akaun bank perniagaan. Laporan settlement akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
  10. Pilih semua modul kecuali Atome dan POS Terminal. Senarai caj transaksi penuh di chip-in.asia/pricing. Caj ini ditolak daripada jumlah yang diterima oleh organisasi anda, bukan ditambah kepada jumlah yang dibayar ibu bapa atau ahli.
  11. Isi butiran sokongan pelanggan, ia akan dipaparkan pada halaman pembayaran.
  12. Muat naik salinan kad pengenalan wakil/pemilik/rakan kongsi (depan dan belakang) dan penyata bank terkini.
  13. Muat naik dokumen SSM dan gambar premis (papan tanda, dalam dan luar), jika kad, e-wallet atau Atome BNPL dipilih.
  14. Muat naik bil utiliti terkini atau perjanjian sewaan.
  15. Selesai mendaftar. CHIP akan mengambil masa 1 hari bekerja untuk mengkaji penghantaran anda, semak emel dari no-reply@chip-in.asia untuk pengesahan.
Selepas akaun disahkan: maklumkan kepada pasukan Yuran.my supaya kaedah bayaran baharu boleh diaktifkan di sistem anda. Untuk akses Portal Peniaga CHIP kemudian hari, lawati chip-in.asia, klik Log Masuk, dan guna pautan Lupa Kata Laluan jika perlu tetapkan semula.

Lihat kaedah pembayaran baharu untuk ringkasan caj transaksi, atau pra-pendaftaran akaun CHIP untuk mula terus.